PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM30.00(SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM8.90
Ibu..Amin Dah Berjaya | Ana Muslim | Novel Grafik | Kanak-kanak 10 - 14 Tahun
Price RM8.90
Product SKU MOT14
Brand ANA MUSLIM BOOKS
Size (L x W x H) 18 cm x 12.7 cm x 1 cm
Availability Out Of Stock
Description
Highlight

• 12.7 x 18 x 1 cm (0.1 kg)

• 1 warna

• Kulit lembut

• Bahasa Malaysia

INFO / SINOPSIS

Siri Novel Motivasi - Ibu... Amin Dah Berjaya

 

Siri Novel Motivasi membawa pembaca menyelami kisah suka duka kehidupan kanak-kanak yang berhadapan dengan konflik dalam diri seperti rasa rendah diri, malu, sedih, kecewa dan pelbagai gangguan emosi. Menerusi cerita yang disampaikan, pembaca diharap dapat menjadikannya sebagai pencetus semangat dan dorongan untuk terus berusaha dan tidak berputus asa. Mesej yang diketengahkan dalam siri ini juga diharap dapat memberi motivasi untuk melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

 

Sebagai anak sulung, Amin menjadi harapan ibu dan ayahnya untuk mencipta kejayaan agar boleh diteladani oleh adik-adiknya. Sebagai seorang yang bijak, Amin melihat kesusahan yang ditanggung ayahnya, Pak Zahar, untuk mencari sesuap nasi sebagai pembakar semangat. Apatah lagi Mak Kiah, ibunya pula kerap sakit dan memerlukan rawatan yang berterusan.

 

Atas dasar kasihan dan ingin membantu, Amin mengambil keputusan untuk bekerja sambilan di sebuah kedai runcit. Namun manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan. Kehidupan Amin dilanda ujian demi ujian. Bagaimanakah Amin menghadapinya?Adakah Amin reda dan bersabar mengharungi kehidupan yang sukar? Dapatkan jawapannya dalam buku ini?

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews