PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM30.00(SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM8.90
Akif Terperangkap! | Ana Muslim | Novel Grafik | Kanak-kanak 10 -14 Tahun
Price RM8.90
Product SKU SPAK01
Brand ANA MUSLIM BOOKS
Size (L x W x H) 21 cm x 14.8 cm x 0.5 cm
Availability Out Of Stock
Description
Highlight

• 14.8 x 21 x 0.5 cm (0.15 kg)

• 1 warna

• Kulit lembut

• Bahasa Malaysia

INFO / SINOPSIS

Siri Novel Pengembaraan Akif - Akif Terperangkap!

 

Akif adalah seorang kanak-kanak pendiam dan suka berangan tetapi bijak dan kreatif. Akif sering terlibat dalam masalah-masalah yang tidak diduga ke mana sahaja dia pergi. Namun, dengan menggunakan kreativiti Akif bijak mengaplikasi ilmu yang dipelajari di sekolah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Melalui pengalaman-pengalaman ini serta sokongan daripada keluarga dan sahabat-sahabat yang ditemuinya, Akif juga dapat mempelajari nilai-nilai kehidupan.

 

Tiada siapa menduga, sebaik sahaja mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak, Akif tiba-tiba hilang daripada kawalan mama dan abahnya. Kehilangan Akif telah menimbulkan sedikit kekecohan hingga menyebabkan keluarganya risau dan panik.

 

Di satu situasi yang lain, Akif sebenarnya bukan hilang tetapi dia telah terserempak dengan seorang pencuri yang sebelum itu telah mengambil beg kepunyaan mamanya. Pengalaman seketika bersama penjenayah tersebut rupa-rupanya telah membuka jalan bagi pihak berkuasa untuk menangkap Geng Licik yang telah lama dikehendaki.

 

Berjayakah Akif menyelamatkan diri daripada penjenayah tersebut? Akan tertumpaskah Geng Licik yang amat diburu oleh pihak penguasa itu?

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews