PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM30.00(SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM8.90
Aduhai Si Tempang | Ana Muslim | Novel Grafik | Kanak-kanak 10 - 14 Tahun
Price RM8.90
Product SKU MOT01
Brand ANA MUSLIM BOOKS
Size (L x W x H) 18 cm x 12.7 cm x 1 cm
Availability Out Of Stock
Description
Highlight

• 12.7 x 18 x 1 cm (0.1 kg)

• 1 warna

• Kulit lembut

• Bahasa Malaysia

INFO / SINOPSIS

Siri Novel Motivasi - Aduhai Si Tempang

 

Siri Novel Motivasi membawa pembaca menyelami kisah suka duka kehidupan kanak-kanak yang berhadapan dengan konflik dalam diri seperti rasa rendah diri, malu, sedih, kecewa dan pelbagai gangguan emosi. Menerusi cerita yang disampaikan, pembaca diharap dapat menjadikannya sebagai pencetus semangat dan dorongan untuk terus berusaha dan tidak berputus asa. Mesej yang diketengahkan dalam siri ini juga diharap dapat memberi motivasi untuk melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

 

Kemalangan jalan raya telah menjadikan Zulkarnain tempang dan yatim piatu. Bersama datuk dan neneknya, Zulkarnain diasuh menjadi seorang budak yang baik dan penyabar meskipun kecacatannya itu dijadikan bahan ejekan Bazli dan kawan-kawannya. Kehadiran Nurul Ain telah mendorong Zulkarnain agar terus menguatkan semangatnya. Kebakaran rumah Bazli akhirnya berjaya mengubah persepsi Bazli dan kawan-kawannya terhadap Zulkarnain. Apakah yang telah Zulkarnain lakukan?

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews