Price | RM12.90 |
Product SKU | SRS02 |
Brand | ANA MUSLIM BOOKS |
Size (L x W x H) | 19 cm x 12.7 cm x 1 cm |
Availability | 300 |
Quantity |
|
• 12.7 x 19.05 x 1.0 cm (0.02 kg)
• 1 warna
• 144 muka surat
• Kulit lembut
• Bahasa Malaysia
Highlight
INFO / SINOPSIS
Siri Rasulullah Superheroku - Ana Nak Jadi Aisyah
Ana merupakan seorang kanak-kanak yang suka berangan-angan. Kadangkala dia ingin cantik seperti Princess Mermek, lemah-lembut seperti Cinderella, punya rambut yang ikal seperti Rapunzel Girl. Semuanya disebabkan minatnya terhadap kartun-kartun animasi itu, sehingga dia hanyut dalam dunia fantasi ciptaannya sendiri. Ana juga mula tidak fokus dalam pelajaran dan sering tidak menyiapkan kerja sekolah yang diminta oleh guru-guru.
Suatu hari, Ana dipanggil oleh gurunya kerana minat dan sikapnya itu. Hal tersebut membuatkan Ana begitu marah pada Sumayyah, seorang murid yang alim dan berakhlak mulia. Dia mula berdendam dan menyebarkan fitnah terhadap Sumayyah. Namun kekuatan yang ada pada Sumayyah membuatkan Ana mula berasa hairan. Apakah kejadian yang telah berlaku pada mereka? Adakah peristiwa tersebut berjaya mengubah diri Ana?